Page 50 - 26 DIS MANUAL PENGURUSAN 2020
P. 50

Guru bertugas mingguan bertanggungjawab:
 A. Waktu Bertugas Rasmi Guru Bertugas

       i. Semua bertugas wajib hadir dan berada di sekolah pada atau sebelum jam 7.00pagi.

       ii. Waktu bertugas pada sebelah petang sehingga jam 4.30petang.

       iii. Hari bertugas mengikut hari persekolahan Isnin hingga Jumaat. Sekiranya terdapat
            sekolah gantian pada hari Sabtu termasuk dalam hari bertugas.

       iv. Tiada GILIRANHARI BERTUGAS semasa melaksanakan tugasan pada sebelah
            petang. Kesemua guru bertugas perlu berada di sekolah dan memantau serta
            mencatat maklumat aktiviti yang berlaku di bangunan sekolah, di padang, di bengkel
            dan di bilik-bilik khas secara terperinci.

 B. Perhimpunan Rasmi

       i. menguruskan pelaksanaan perhimpunan rasmi dengan memaklumkan dan mengambil
            maklumat daripada pengetua / pentadbir yang bertugas , menyatakan atur cara yang
            akan berlangsung semasa perhimpunan rasmi dilaksanakan.

      ii. menyemak teks ucapan murid, skrip bacaan doa yang dikendalikan oleh murid agar
            majlis perhimpunan berjalan dengan lancar. Bekerjasama dengan Badan Pengawas
            untuk mengetahui pengawas bertugas pada waktu perhimpunan.

      iii. mengurus dan memastikan alat siar raya dalam keadaan baik, semua keperluan seperti
            lagu yang akan dinyanyikan disemak pada hari Jumaat dan bersedia pada hari
            perhimpunan rasmi dijalankan.

     iv. memastikan pembacaan nilai-nilai murni mengikut jadual dan memaklumkan kepada
            pembaca lebih awal. Mendapatkan draf bacaan nilai murni dan memuat naik di dalam
            folder pelaporan yang disediakan. Gambar pembaca nilai turut dimuat naik sebagai
            bukti.

    C. Bertugas Harian

     i. mastikan urusan perhimpunan rasmi harian diuruskan dengan lancar dan
            perhimpunan tamat pada SEBELUM jam 7.30pagi. Murid disuraikan ke kelas beratur
            sebelum waktu PdP jam 7.40pagi.

     ii. menguruskan perhimpunan pagi Kokurikulum pada setiap hari Rabu. Bagi
            perhimpunan bulanan kokurikulum guru bertugas hendaklah menguruskan susun atur
            perhimpunan dan bekerjasama dengan penyelaras Badan Beruniform agar atur cara
            perhimpunan berjalan lancar.

                                                                                                                                   ( 49 )
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55