Page 47 - PAKAIAN KERJA-PENERANGAN
P. 47
Muka Surat / Page : 47 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C02/P(1/1)
49
b) Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:
Periksa bahawa seterika dan bod menekan bersih
Tanggalkan semua jarum peniti dan benang jelujur
Uji kepanasan seterika sebelum menekan
Seberapa yang boleh, tekan dari SD fabrik supaya kesan seterika tidak
kelihatan dari SL
Tekan fabrik dengan teknik yang betul, iaitu tekan seterika di atas fabrik
beberapa saat, kemudian angkat semula seterika itu dan tekan
bahagian yang lain.
13. ACU PAKAIAN KONTEMPORARI
13.1 Mengacu pakaian pada badan adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat:
a) Memakai pakaian dasar yang mengikut bentuk tubuh (untuk kepatan)
b) Menjalankan proses mengacu pakaian kontemporari pada badan dengan teliti
c) Semasa proses mengacu, pastikan:
Benang pakan berada pada sudut tepat GTH dan GTB
Kedudukan terletak dengan elok pada badan

