Page 120 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 120

Kesan Tidak Menjaga Kehormatan Diri


           Banyak	kesan	negatif	boleh	timbul	sekiranya	seseorang	itu	mengabaikan
           aspek	 menjaga	 kehormatan	 diri	 mereka.	 Oleh	 sebab	 kita	 hidup	 secara
           bermasyarakat	di	Malaysia,	banyak	pihak	lain	akan	turut	terkena	tempias
           buruk	akibat	kelalaian	kita	dalam	menjaga	kehormatan	diri	sendiri.



                        KESAN TIDAK MENJAGA KEHORMATAN DIRI






                                   Diri Sendiri
                                   •	 Merosakkan	akhlak	dan	menjejaskan	masa	depan.

                                   •	 Terjebak	dengan	gejala	sosial,	merokok	dan
                                       pergaulan	bebas.
                                   •	 Dipandang	rendah	oleh	masyarakat.






              keluarga
              •	 Mendatangkan	aib	dan	mencemarkan
                  maruah	keluarga.

              •	 Ahli	keluarga	lain	akan	dipandang	serong
                  dan	dikecam	oleh	masyarakat.







                                               masyarakat
                                               •	 Berlaku	perpecahan	dan	perbalahan
                                               	  dalam	masyarakat.
                                               •	 Menjatuhkan	imej	masyarakat	dan
                                               	  negara	di	mata	dunia.









                                                                                            S.P
             112                                                                          1.2.1,	1.2.2,
                                                                                            1.2.3
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125