Page 138 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 138
Jurang Generasi
Maksud Jurang Generasi
Jurang generasi ialah perbezaan peringkat umur antara generasi tua dan
generasi muda. Terdapat perbezaan dari segi sikap, nilai dan tingkah laku
antara generasi berbeza.
Kategori Generasi
Saya merupakan generasi X, generasi awal Internet.
Generasi X menganggap Internet sebagai media
yang tidak memerlukan kepakaran (non specialist
media). Sesiapa saja boleh menggunakan Internet
dan melahirkan pandangan mereka.
Generasi X (1965 – 1980)
Saya pula generasi Y atau digelar generasi
milenium. Generasi Y suka akan pencapaian
tinggi dan mahir dalam penggunaan teknologi
berbanding generasi X.
Generasi Y (1981 – 1994)
Saya pula generasi Z. Generasi saya digelar generasi
Internet kerana mempunyai perkaitan yang sangat
rapat dengan kemahiran dalam penggunaan
komunikasi dan teknologi media seperti mesej teks,
e-mel dan telefon bimbit.
Generasi Z (1995 – 2010)
Saya merupakan generasi Alpha yang sering
menggunakan gajet-gajet berteknologi tinggi.
Generasi Alpha juga merupakan generasi
yang awal pendidikan yang bersekolah seawal
usia 3 – 4 tahun.
Generasi Alpha 2011 – 2025
S.P
130 4.1.1

