Page 112 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 112

Aktiviti Pengukuhan


                              Perang Tolakan

                Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan (4 orang).

                Bahan: 16 pinggan kertas, pen penanda, pistol air, air berwarna

                Cara Bermain:

                 1  Guru menulis pelbagai isi padu pada setiap pinggan kertas.

                 2  Tampal pinggan kertas pada dinding.

                 3  Guru menentukan jarak 2.5 m dari dinding dan melekatkan pelekat
                    sebagai garis sempadan.


                 4  Dalam  setiap  pusingan,  2  orang  pemain  berdiri  di  belakang  garis
                    sempadan mengikut giliran masing-masing.

                 5  Setiap pemain dibekalkan dengan pistol air yang berisi air berwarna.

                 6  Setiap pemain dikehendaki menembak satu pinggan kertas sahaja.


                 7  Guru akan menunjukkan isi padu yang tertulis pada dua pinggan kertas
                    yang ditembak, 2 orang pemain itu perlu mengira beza isi padunya.
                    Contoh:





                                      2 ℓ 100 mℓ                   1 ℓ 50 mℓ






                                      2 ℓ 100 mℓ – 1 ℓ 50 mℓ  = 1 ℓ 50 mℓ

                 8  Pemain yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan tepat boleh
                    menyimpan dua biji pinggan itu.

                 9  Aktiviti ini dijalankan sehingga semua pinggan dimiliki oleh pemain.



                 2.2.2  Nota Guru
                        • Bimbing murid menulis ayat matematik operasi tolak yang betul.

                  102
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117