Page 154 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 154

Aktiviti Pengukuhan


                              Membancuh Air Sirap


                Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan.

                Bahan: Kad imbas, cawan kecil, bekas air, kordial sirap, air mineral


                Cara Bermain:
                 1  Guru menyediakan kad imbas melibatkan nisbah.
                    Contoh:

                                   1 : 6        2 : 10         1 : 5        2 : 12



                 2  Setiap kumpulan mengambil sekeping kad imbas.

                 3  Kad imbas tersebut mewakili nisbah bilangan cawan kordial sirap kepada
                    bilangan cawan air mineral yang diperlukan untuk menghasilkan air
                    sirap bagi kumpulan itu.


                 4  Setiap kumpulan menyukat isi padu kordial sirap dan air mineral dengan
                    menggunakan cawan mengikut nisbah pada kad imbas.

                 5  Bancuhkan air sirap di dalam sebuah bekas air.

                 6  Cari kumpulan yang mempunyai nisbah yang setara dan rasa air sirap
                    yang dihasilkan.
                    Adakah rasanya sama?


                 7  Cari kumpulan lain yang tidak dapat membentuk nisbah setara dan rasa
                    air sirap yang dihasilkan.
                    Adakah rasanya sama?

















                  144
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159