Page 188 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 188

Aktiviti Pengukuhan


                              Permainan payung terjun (                            )

                Dalam permainan ini, kain payung terjun yang
                digunakan berbentuk bulatan, bersaiz besar
                dan berwarna-warni. Kain payung terjun ini
                biasanya diperbuat daripada nilon yang
                ringan dan dilengkapi pemegang
                di hadapan kain.

                Permainan ini melibatkan ruang yang luas
                sama ada di kawasan padang atau dewan.
                Biasanya lebih kurang lapan hingga sepuluh
                orang murid terlibat untuk melakukan aktiviti ini.

                Alatan ini melibatkan pergerakan secara aktif. Murid mendengar arahan
                guru untuk melakukan gerakan menggunakan kain payung terjun ini.
                Misalnya, guru  akan menyuruh murid mengangkat kain ke atas atau ke
                bawah (seakan-akan gerakan ombak) dan murid akan menggerakkan kain
                mengikut arahan tersebut bagi mengimbangkan bola di atas kain.



                                                                                     Imbas Saya






                                                                                    Layari laman
                                                                                   sesawang http://
                                                                                    bit.ly/2M3toT9
                                                                                  untuk video ‘Aktiviti
                                                                                   Permainan Kain
                                                                                   Payung Terjun’.



                Permainan kain payung terjun ini juga boleh dimainkan dengan iringan lagu
                dan muzik. Maka aktiviti ini akan lebih menyeronokkan dan semua deria
                murid dapat dirangsang seiring dengan perkembangan murid tersebut.



                        Nilai     Permainan ini menggalakkan kerjasama, menguatkan otot badan,
                        Murni belajar mendengar arahan, dan meningkatkan interaksi sosial.

                  178
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193