Page 195 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 195
4.1.3 Melukis Bulatan dengan Menggunakan Jangka Lukis
Bulatan dan pelbagai bahagian bulatan dapat dilukis dengan tepat
menggunakan jangka lukis, pembaris, dan pensel.
Jangka lukis Pembaris Pensel
Jangka Lukis
• Digunakan untuk membina garisan bulatan atau lengkok.
• Pensel perlu dipasang pada jangka lukis, tetapi ada juga
menggunakan mata pensel grafik khas.
• Diperbuat daripada keluli atau plastik.
Mempunyai satu kaki jarum dan satu kaki pensel.
Mata jarum Mata
berbahu pensel
4
Jarum ini dilaras lebih
panjang daripada mata
pensel.
Permukaan
lukisan Bulatan
Mata pensel pada jangka lukis hendaklah dilaraskan dengan ketat dan
kemas untuk menghasilkan kerja yang sempurna.
185

