Page 204 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 204
WATAK ADIWIRA
1 Kumpulan: 5 orang
Bahan: Kadbod, pensel, pensel warna, kertas,
jangka lukis, penebuk lubang, gunting,
gelang getah
Anda perlu menulis sebuah cerita dan melakonkan cerita tersebut dengan
menggunakan watak-watak yang istimewa.
Gunakan kadbod untuk membuat topeng muka yang mewakili watak anda.
1 Tulis sebuah cerita menarik yang melibatkan lima watak adiwira
(manusia atau haiwan) mengikut kreativiti anda. Cerita perlu
mengandungi bahagian:
Permulaan Pertengahan Penutup
2 Berpandukan watak dalam cerita, hasilkan topeng muka berbentuk
bulatan yang berdiameter sekurang-kurangnya 20 cm.
3 Buat lubang untuk bahagian mata.
4 Hiaskan topeng-topeng dengan pelbagai warna
yang menarik.
5 Tebuk lubang kecil pada kedua-dua
sisi topeng muka.
6 Ikat gelang getah pada lubang itu
supaya topeng boleh dipakai.
7 Lakonkan cerita kumpulan anda.
Anda boleh menghiaskan topeng muka anda dengan menggunakan idea
seperti rajah.
194

