Page 31 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 31
Mengukur jisim objek dengan neraca timbang buatan sendiri
1
Aktiviti 1
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan (4 orang).
Aktiviti pertama: Membina neraca timbang tanpa skala.
Bahan: Penyangkut, gunting, tali, cawan plastik JISIM
Langkah-langkah:
1 Tebuk lubang di bahagian kiri dan
kanan kedua-dua cawan plastik.
2 Gunting dua utas tali dengan
ukuran yang sama panjang.
3 Masukkan tali pada lubang yang
telah ditebuk untuk dijadikan
tangkai cawan plastik.
4 Tandakan kedua-dua cawan itu
sebagai A dan B.
5 Gantungkan cawan A di bahagian
kiri penyangkut baju, manakala
cawan B di bahagian kanan.
6 Penyangkut baju digantung pada
tempat yang sesuai.
7 Pastikan kedudukan penyangkut A B
baju tersebut adalah seimbang.
1.1.2
21

