Page 39 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 39
Aktiviti Pengukuhan 1
Anggaran yang Tepat
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan (4 orang). JISIM
Bahan: Kertas A4, pensel, objek yang berjisim 1 kg, neraca digital
Langkah-langkah:
1 Kumpul objek-objek yang mempunyai jisim yang berlainan.
2 Anggarkan jisim setiap objek yang dikumpulkan.
3 Bahagikan objek-objek kepada tiga kategori, iaitu kurang daripada 1 kg,
kira-kira 1 kg dan lebih daripada 1 kg.
4 Guru mengagihkan suatu objek berjisim 1 kg kepada setiap kumpulan.
5 Timbang jisim objek dengan tangan dan bandingkan dengan hasil
anggaran pertama.
6 Guru memberikan neraca digital kepada setiap kumpulan.
7 Ukur jisim sebenar setiap objek.toh
8 Bandingkan jisim sebenar dengan jisim anggaran objek tersebut.
9 Semasa membuat perbandingan, murid dikehendaki merekodkan jisim
dalam jadual.
Anggaran pertama Anggaran kedua
Jisim
Objek Kurang Kira-kira Lebih Kurang Kira-kira Lebih sebenar
1 kg 1 kg 1 kg 1 kg 1 kg 1 kg
29

