Page 65 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 65
Latihan 1.2.3 1
1 Pak Syukur menjual 69 kg 300 g buah epal pada hari Isnin. Jisim buah
epal yang tinggal ialah 72 kg 550 g.
Hitung jisim asal buah epal dalam unit kg dan g. JISIM
2 Mariam memerlukan 2.16 kg keladi untuk membuat kuih keladi, tetapi
dia hanya mempunyai 1 kg 340 g keladi.
Berapakah jisim keladi yang diperlukan dalam unit g?
3 Rajah menunjukkan jisim satu peket gula.
Emak telah membeli dua peket gula dan menggunakan
3 kg 899 g untuk membuat kuih.
2 500 g
Cari baki jisim gula dalam unit kg dan g.
4 Beg William berjisim 400 g. Selepas memasukkan
4 kg 190 g buku dan sebiji bola keranjang, jisim
begnya menjadi 5 kg 215 g.
Hitung jisim bola keranjang dalam unit g.
5 Eleena telah mengumpul 13 kg 800 g surat khabar lama untuk dikitar
semula. Sharif mengumpul 7 kg 610 g lebih daripada Eleena.
Hitung jisim surat khabar lama yang dikumpul oleh Sharif.
6 Setiap penumpang dibenarkan membawa 20 kg
bagasi semasa menaiki kapal terbang. Setelah
ditimbang, Hani membawa lebihan 4 100 g bagasi.
Oleh itu, dia mengeluarkan komputer riba dan
jisim bagasinya menjadi 19 kg 100 g.
Berapakah jisim komputer ribanya dalam unit kg?
7 Puan Wani membeli 1 780 g coklat. Dua orang anaknya, masing-masing
telah makan 300 g coklat.
Berapakah baki jisim coklat dalam unit kg dan g?
55

