Page 100 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 100
3 Masa dan Waktu
Manusia mengukur masa untuk merancang pelbagai aktiviti. Orang Babylon
telah mencipta sistem ukuran masa dengan membahagikan masa kepada
60 bahagian yang mewujudkan minit dan saat. Orang Mesir purba pula
menggunakan pergerakan bayang sesuatu objek yang diberi nama jam
matahari sebagai penanda waktu sehari. Kemudian, semakin banyak alat
pengukuran masa dicipta bagi memudahkan kehidupan harian manusia
serta membolehkan pengukuran masa yang lebih tepat.
Dengan menjejaki perjalanan garis masa dari zaman dahulu sehingga
sekarang, kita boleh mengetahui kebijaksanaan dan evolusi manusia dalam
penciptaan alat pengukuran masa.
Sumber: encyclopedia.com/science-and-technology/
mathematics/mathematics/measurement-time
Jam matahari Jam air
Tamadun Mesir Purba (3500 S.M.) Tamadun Yunani (325 S.M.)
Masa diukur pada kepanjangan Perubahan paras air boleh
dan arah bayang-bayang mengikut menunjukkan masa.
kedudukan matahari.
3.1 Operasi asas melibatkan masa
Selepas belajar bab ini, saya dapat:
• Menyatakan ukuran masa mengikut unit minit dan jam, hari, minggu, bulan dan tahun.
• Melakukan operasi tambah dan tolak yang melibatkan:
(a) jam dan minit (b) hari dan jam (c) minggu dan hari (d) tahun dan bulan
• Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan
dengan masa.
92

