Page 121 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 121
3.1.2 Melakukan Operasi Tambah yang Melibatkan Masa
Operasi asas yang melibatkan masa selalunya
memerlukan pertukaran unit ukuran masa.
Oleh itu, kita mesti menguasai kemahiran
menukarkan unit masa sebelum kita menambah
atau menolak.
3.1.2 (a) Operasi Tambah yang Melibatkan Jam dan Minit
1 jam = 60 minit
Contoh
1 Sempena Minggu Kemahiran Hidup, pertandingan memasak diadakan
di sekolah. Murid dikehendaki menyiapkan satu jenis masakan dalam
masa 2 jam. Nyatakan masa tersebut dalam minit.
0 jam 1 jam 2 jam 3 jam 3
0 minit 60 minit 120 minit 180 minit
2 jam = 120 minit
2 Sekumpulan murid bekerjasama untuk menghasilkan satu model
Contoh Masa dan Waktu
pertukangan dalam masa 90 minit. Nyatakan masa tersebut dalam
jam dan minit.
0 jam setengah jam 1 jam 1 jam 30 minit 2 jam 2 jam 30 minit 3 jam
0 minit 30 minit 60 minit 90 minit 120 minit 150 minit 180 minit
90 minit = 1 jam 30 minit
3.1.2 Nota Guru
(a)
• Gunakan garis nombor untuk menolong murid memahami pertukaran
antara minit dan jam.
113

