Page 165 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 165
Aktiviti Pengukuhan
1 Kumpulan: 5 orang
Bahan: Benda-benda di sekeliling, kad imbasan
Aktiviti pertama:
1 Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk mengumpulkan pelbagai
jenis benda yang ada di sekeliling seperti beg sekolah, kotak pensel,
buku, botol air, dan sebagainya.
2 Kumpulkan benda-benda itu di dalam kumpulan.
3 Salah seorang ahli menunjukkan suatu benda dan menanyakan unit
ukuran panjangnya kepada kawan dalam kumpulan.
4 Jika kawan itu dapat menjawab dengan betul, maka dia akan
memperoleh 1 markah. Jika tidak, murid yang menanyakan soalan
akan mendapat 1 markah.
5 3 orang rakan yang lain akan menjadi pengadil.
6 Tukar giliran. Ulang langkah 3 hingga 5.
Aktiviti kedua:
1 Guru menyediakan kad imbasan seperti yang berikut:
Ketinggian pokok Jarak dari Gurun ke
Panjang bilik darjah
kelapa Alor Setar
Jarak dari kantin ke Lebar pintu Lebar meja pingpong
pejabat guru 4
2 Guru mengeluarkan sekeping kad imbasan, membacakan soalan dan
menanyakan unit ukuran panjang yang sesuai.
3 Kumpulan yang dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat akan Ukuran Panjang
memperoleh 2 markah.
157

