Page 188 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 188

Aktiviti Pengukuhan



           1 Kumpulan: 3 orang
           Bahan:           Kepingan kertas berwarna pelbagai saiz, pembaris, pensel,
                            dan kertas A4
           Langkah:

            1  Guru menyediakan kepingan kertas berdasarkan unit ukuran panjang
                 dan warna yang berikut:
                 (a) milimeter (kuning)
                 (b) sentimeter (biru)
                 (c) sentimeter dan milimeter (merah)


            2   Kemudian, guru akan mengagihkan tiga keping kertas warna kepada
                 setiap kumpulan.


            3   Setiap kumpulan perlu menganggarkan ukuran panjang dan mengukur
                 panjang sebenar ketiga-tiga kepingan kertas tersebut. Seterusnya,
                 isikan jadual seperti yang berikut.

                  Kepingan kertas         Panjang anggaran             Panjang sebenar

                    Kertas kuning                      mm                           mm


                      Kertas biru                      cm                           cm

                    Kertas merah                 cm          mm              cm          mm



            4   Kumpulan yang menulis jawapan panjang anggaran yang paling dekat
                 atau padan dengan panjang sebenar akan mendapat ganjaran.

            5   Kemudian, ahli kumpulan mula mencari padanan kepingan kertas
                 yang mempunyai ukuran panjang yang sama di antara kumpulan lain.


            6   Susunkan panjang kepingan kertas mengikut tertib menaik dan
                 bandingkan kertas yang terpendek dengan kertas yang terpanjang.




                     Nota Guru
                4.1.3
                     • Aktiviti mengukur dijalankan secara berkumpulan, tetapi setiap murid
                      perlu melengkapkan jadual secara individu bagi memastikan setiap murid
            180       memberikan perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan.
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193