Page 22 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 22

Aktiviti Pengukuhan


                    Padanan Pecahan dan Perpuluhan

           Bahan: Pen penanda dan kad manila


           Langkah:

            1   Guru menyediakan beberapa keping kad nombor pecahan persepuluh
                 dan kad nombor perpuluhan yang sepadan menggunakan kad manila.
                 Contoh:                              7              6
                             0.7     1.8     0.6            1  8
                                                     10      10      10



            2   Bahagikan murid kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan nombor
                 pecahan dan kumpulan nombor perpuluhan.


            3   Kumpulan kad nombor pecahan akan mengeluarkan kad yang
                 mengandungi nombor pecahan satu persatu.


            4   Kumpulan  kad  perpuluhan  akan  memadankannya  dengan  kad
                 nombor pecahan persepuluh dengan betul.
                 Contoh:                               7
                             0.7   padan dengan
                                                      10



            5   Setelah semua kad habis dipadankan, kedua-dua kumpulan akan
                 bertukar peranan.



            6   Markah ditentukan melalui bilangan padanan yang betul.


            7   Aktiviti ini boleh diubah suai dengan menggunakan kad nombor
                 pecahan perseratus dan kad nombor perpuluhan yang mempunyai
                 dua tempat perpuluhan.











             14
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27