Page 28 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 28
Aktiviti Pengukuhan
1 Kumpulan: 4 orang
Bahan: 10 keping petak seratus untuk setiap kumpulan, pen dan
kertas A4
Langkah:
1 Guru menyebut satu nombor perpuluhan.
2 Setiap kumpulan mewarnakan petak mengikut nilai nombor perpuluhan
yang disebut.
Contoh: 0.24
(a) Murid digalakkan menghasilkan petak berwarna secara kreatif.
(b) Bilangan petak berwarna yang betul diberi 2 markah.
(c) Reka corak yang menarik mendapat tambahan 2 markah.
3 Seterusnya, setiap orang murid dalam kumpulan diminta menulis satu
nombor perpuluhan yang lebih besar atau lebih kecil daripada nombor
yang diberikan oleh guru.
4 Jawapan yang betul mendapat 1 markah.
5 Kira jumlah markah yang diperoleh setiap ahli kumpulan.
6 Ulang langkah 1 hingga langkah 5 sebanyak 10 pusingan.
7 Kumpulan yang mendapat markah paling banyak ialah pemenang.
20

