Page 38 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 38

Contoh
             5



















           Berikut ialah keputusan masa bagi acara larian 100 meter pada Hari Sukan
           Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Utama.

                                     Rumah sukan         Masa (saat)
                                         Kuning              17.10

                                         Jingga              19.77
                                          Hijau              14.03

                                          Ungu               16.60
                                           Biru              21.41



            Soalan:
           (a) Siapakah pelari yang paling awal sampai ke garisan penamat?
           (b) Siapakah pula pelari yang paling akhir sampai ke garisan penamat?
           (c) Apakah perbezaan antara masa yang diambil oleh pelari rumah Jingga
               dan rumah Kuning?
           (d) Cari beza masa antara pelari rumah Biru dengan pelari yang mendapat
               tempat kedua?


            Penyelesaian:

           (a) Pelari rumah Hijau adalah yang paling awal sampai ke garisan penamat,
               ditunjukkan melalui kiraan masa yang diambil paling kecil di antara
               semua bacaan masa dalam jadual, iaitu 14.03 saat.

           (b) Pelari rumah Biru adalah yang paling akhir sampai ke garisan penamat,
               ditunjukkan melalui kiraan masa yang paling besar di antara semua
               bacaan masa dalam jadual, iaitu 21.41 saat.


             30
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43