Page 52 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 52
Contoh Atlet Paralimpik Negara, Abdul Latif Romly,
2
meraih pingat emas dalam acara lompat jauh
kategori T20 (kurang upaya intelektual) pada
Sukan Paralimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro,
Brazil. Catatan terbaik Abdul Latif Romly dalam
acara itu ialah 7.60 meter yang dilakukan pada
percubaan kelima.
Catatan lompatan Abdul Latif Romly telah memecahkan rekod
dunia yang dicatat oleh Jose Exposito dari Sepanyol pada tahun
2003, iaitu 7.37 meter.
Berapakah beza jarak antara Abdul Latif Romly dengan Jose
Exposito?
Jarak Abdul Latif Romly = 7.60 meter
Diberi
Diberi
Jarak Jose Exposito = 7.37 meter
Dicari Beza jarak
Dicari
Operasi Tolak
Operasi
Selesaikan
Selesaikan 7.60 meter – 7.37 meter = meter
Langkah-langkah untuk mendapatkan jawapan.
1. Tekan butang ON .
C
2. Tekan butang nombor 7 . 6 0 .
3. Tekan butang operasi – .
4. Tekan butang nombor lagi 7 . 3 7 .
5. Tekan butang = dan jawapan akan terus dipaparkan pada skrin.
7.60 meter – 7.37 meter = 0.23 meter
Beza jarak antara Abdul Latif Romly dengan Jose Exposito
ialah 0.23 meter
44

