Page 64 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 64

2           Peratus











           Air merupakan keperluan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Selain
           itu, air juga sangat penting bagi tubuh manusia. Jumlah kandungan air pada
           tubuh manusia jauh lebih besar apabila dibanding dengan kandungan zat-zat
           yang lain. Anggaran 70% daripada tubuh kita mengandungi air. Kandungan air
           berbeza pada bahagian-bahagian berlainan dalam tubuh manusia.


                                     AIR DALAM TUBUH MANUSIA



                               Otak 75%                             Gigi 10%



                         Paru-paru 83%                              Darah 90%
                                Hati 79%                            Jantung 77%
                                Kulit 64%                           Otot 79%

                             Tulang 31%                             Buah pinggang 79%



                                               70%



                                        kandungan badan ialah AIR





           Apakah yang dimaksudkan dengan angka dan simbol ‘%’ dalam gambar
           yang ditunjukkan di atas?



                 2.1 Nilai Peratus

              Selepas belajar bab ini, saya dapat:
              •  Menukar peratus kepada pecahan mudah dan sebaliknya.
              •  Mengira peratus daripada suatu kuantiti.
              •  Menyelesaikan masalah harian melibatkan peratus menggunakan kalkulator.



             56
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69