Page 14 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 14
1.1 BENTUK-BENTUK PEPEJAL TIGA DIMENSI (3D)
Objek-objek yang wujud di persekitaran kita mempunyai beberapa ciri
asas, seperti bentuk, saiz, warna, bahan, dan sebagainya. Kajian telah
menunjukkan bahawa bentuk adalah ciri utama sesuatu objek.
Apakah bentuk pada objek yang kita lihat di persekitaran?
Aktiviti
Aktiviti Jom Meneroka – Lawatan ke Galeri
1 1
Aktiviti ini dilakukan berpasangan (2 orang).
Langkah:
1 Perhatikan objek-objek di sekeliling bilik darjah anda.
Kumpulkan objek-objek tersebut, sebagai contoh:
2 Kelaskan objek-objek tersebut mengikut bentuk-bentuk yang sama.
Contoh pengelasan:
Bulat Segi empat
3 Bincang dan namakan objek-objek yang telah dikelaskan.
4 Teruskan aktiviti di bilik sukan dan di kantin.
Nilai Murni
Nilai Murni
Kita hendaklah menjaga dan menghargai barang-barang yang terdapat di sekeliling kita.
Nota
Guru • Rangsang murid mengenal bentuk dengan memegang objek sebenar.
• Bimbing murid menamakan bentuk pada objek yang telah dikelaskan.
6 6

