Page 68 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 68
Isi Padu Rekaan
Isi P adu R ek aan Jom Bersuka Ria
Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan.
Bahan: Templat rumah yang belum dipotong, gunting dan gam
Tugasan
1 Cetakkan templat ‘Rumah Kertas’.
2 Gunting mengikut garis luar templat ‘Rumah Kertas’.
3 Ukur panjang sisi setiap bahagian dan rekodkan ukuran berkenaan.
4 Lipat dan tampal pada bahagian yang terlibat untuk membentuk
sebuah rumah kertas.
5 Setelah siap, ukur ketinggian bumbung rumah kertas tersebut.
6 Hitung isi padu setiap bahagian rumah kertas tersebut yang terdiri
daripada dua buah gabungan prisma tegak segi empat tepat dan
prisma tegak segi tiga yang membentuk bumbung rumah.
7 Murid-murid juga digalakkan mereka bentuk ‘Rumah Kertas’ mengikut
kreativiti sendiri.
Layari laman sesawang
http://bit.ly/rumahkertas
IMBAS SAYA (Dicapai pada 31 Disember 2020)
Untuk templat
rumah
yang belum
dipotong.
60
60

