Page 7 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 7

PENDAHULUAN
             PENDAHULUAN





                Buku  Teks  Kurikulum  Standard  Sekolah  Menengah  Pendidikan  Khas
             (KSSMPK)  Matematik Tingkatan  5 ini  disediakan berdasarkan  Dokumen
             Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah
             Menengah Pendidikan Khas Matematik Tingkatan 5. Kandungan buku teks
             ini menyepadukan enam tunjang kerangka KSSMPK, mengintegrasikan
             pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta menerapkan Kemahiran Abad
             Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) secara eksplisit supaya
             dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis sebagaimana
             tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

                Buku ini mengandungi tiga topik pengetahuan, iaitu bentuk, ruang, dan
             statistik, yang disusun secara sistematik dan menarik. Setiap topik dimulakan
             dengan halaman rangsangan melalui foto yang menarik berserta soalan
             yang merangsang perbincangan dan pemahaman dalam kalangan murid
             sesuai dengan konteks situasi harian.






                    KEISTIMEWAAN BUKU TEKS INI





                Standard Pembelajaran                       Kata Kunci
                Berdasarkan Dokumen                         Daftar kata yang terkandung
                Standard Kurikulum dan                      dalam setiap topik.
                Pentaksiran untuk rujukan guru.



                Nota Guru                                   Eksplorasi
                Panduan aktiviti pembelajaran,              Sejarah perkembangan
                berserta dengan nombor                      matematik, evolusi teknologi
                rujukan standard pembelajaran.              dan isu-isu semasa.




                Kerjaya                                     Mesra Pengguna
                Kerjaya masa hadapan yang                   Unsur yang boleh menarik minat
                berkenaan dengan topik                      murid dengan aktiviti penerokaan
                yang dipelajari.                            dan projek matematik.



                                                                                               v v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12