Page 7 - MESYUARAT AGUNG PIBG KE 21 ,SMK INDERA MAHKOTA 2 2022
P. 7

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK INDERA MAHKOTA 2  2022



                   1.  UCAPAN ALUAN PENGERUSI MESYUARAT
                       1.1 Encik Noruldin bin Mamat mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru
                          kerana dapat hadir ke mesyuarat secara atas talian kerana kekangan bersemuka atas pematuhan
                          SOP yang telah ditetapkan
                       1.2 Beliau memohon kerjasama ibu bapa untuk terlibat dalam program/aktiviti yang dirancang oleh
                          pihak sekolah demi kecemerlangan pendidikan anak-anak. Kerjasama dan sumbangan bukan dari
                          segi tenaga dan masa bahkan dalam bentuk kewangan
                       1.3 Beliau  menegaskan  kerjasama  ibu  bapa  dan  para  guru  dalam  menjayakan  segala  program
                          memainkan peranan penting dalam kecemerlangan sekolah.
                       1.4 Beliau  juga  mengucapkan  terima  kasih  kepada  AJK  PIBG  dan  guru-guru  dalam  menjayakan
                          mesyuarat dalam talan dan juga kehadiran ibu bapa tanda sokongan dan kerjasama.

                                                                                     Tindakan: Untuk makluman


                   2.  MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT YANG AGUNG YANG LALU
                       2.1 EPuan Azalida binti Md Yusof sebagai setiausaha kehormat PIBG membentang minit Mesyuarat
                          Agung   PIBG kali ke 19 bermula dari muka surat 4 hingga ke muka surat 12.
                       2.2 Pn Nor Raihan Mohd Othman mencadangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 diterima dan
                          disahkan.
                       2.3 Disokong oleh Pn Syamsiah Tamammuddin dan dipersetujui semua ahli PIBG sebulat suara.

                                                                                         Tindakan: Setiausaha

                   3.  MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG
                       3.1 Puan  Azalida  binti  Md  Yusof  sebagai  setiausaha  kehormat  PIBG  membentang  laporan  aktiviti
                          tahunan PIBG pada mukasurat 13, 14 dan 15.
                       3.2 18  aktiviti  yang  terdapat  pada  buku  Mesyuarat  Agung  PIBG  kali  ke-19  ini  melibatkan
                          program/aktiviti utama sahaja dan telah dilaksanakan.
                       3.3 Pn Noryani bt Ismail mencadangkan laporan aktiviti tahunan disahkan.
                       3.4 Pn Ruhani bt Isa menyokong cadangan dan dipersetujui semua ahli PIBG yang hadir sebulat suara.

                                                                                                 Tindakan: Setiausaha

                   4.  MEMBENTANG  DAN  MENERIMA  LAPORAN  TAHUNAN  KEWANGAN  PIBG  YANG  BERAKHIR  PADA
                       31HB. DISEMBER 2020.
                       4.1 Puan Mahfuzah binti Arshad, bendahari kehormat PIBG membentang laporan tahunan kewangan
                          PIBG yang berakhir pada 31hb. Disember 2020 pada mukasurat 24 hingga 30 dan meminta ahli
                          merujuk bahagian Laporan Kewangan serta kedudukan kewangan PIBG SMK Indera Mahkota 2.
                       4.2 Pn Noryani bt Ismail mencadangkan laporan tahunan kewangan PIBG yang berakhir pada 31hb.
                          Disember 2020 diterima dan disahkan.
                       4.3 Pn Soo Saw Molly menyokong cadangan pengesahan dan dipersetujui semua ahli PIBG sebulat
                          suara.

                                                                                           Tindakan: Bendahari



                                                                6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12