Page 67 - BUKU KERJA KTM
P. 67
iii. Borang SPR. 764, Borang 13 (yang telah dilengkapkan
seperti di muka surat 75); dan
iv. Borang 14.
(c) Benarkan EMU masuk ke Tempat Mengira Undi sekiranya ETM
yang terakhir dan EMU adalah orang yang berlainan.
ATAU
Sekiranya ETM yang terakhir juga dilantik sebagai EMU, beliau
dibenarkan untuk berada di dalam Tempat Mengira Undi.
(d) Pastikan hanya EMU yang mempunyai dokumen-dokumen
seperti yang berikut dibenarkan masuk Tempat Mengira Undi:
i. Surat Pelantikan yang mengandungi Nama, No. Kad
Pengenalan dan alamat EMU;
ii. Dokumen Pengenalan Diri;
iii. Borang A (Borang Sumpah Kerahsiaan); dan
iv. Pas Ejen Mengira Undi.
(e) Maklumkan kepada EMU bahawa:
i. Mereka hendaklah mendapat kebenaran sebelum keluar
dari Tempat Mengira Undi; dan
ii. Memaklumkan bahawa EMU tidak dibenarkan
memegang kertas undi dan peralatan mengira undi.
(f) Pastikan hanya seorang EMU sahaja bagi setiap calon
dibenarkan masuk ke Tempat Mengira Undi.
PERINGATAN
Pr oses Pengiraan Undi hendaklah dimulakan oleh KTM
walaupun tanpa kehadiran EMU pada waktu yang ditetapkan.
Semasa ketidakhadiran EMU, Proses Memaparkan Kertas Undi
hendaklah dilakukan di hadapan KTM.
67

