Page 76 - BUKU KERJA KTM
P. 76

4.7  -  KAEDAH  MENGURUSKAN  BILANGAN

                           KERTAS  UNDI  DALAM  PETI  UNDI


                           YANG  MELEBIHI  JUMLAH  DALAM

                           BAHAGIAN E BORANG 13




                1)     Langkah Pertama:            Mengira  semula  kertas  undi  yang
                       berada  dalam  Dulang  Undi  Belum  Kira.  Jika  bilangan  Kertas
                       Undi  adalah  sama  atau  kurang  berbanding  Bahagian  E

                       Borang  13,  pengiraan  undi  boleh  diteruskan.  Jika  bilangan
                       Kertas Undi lebih berbanding Bahagian E Borang 13, teruskan
                       dengan Langkah Kedua.


                2)     Langkah Kedua:              Membuka  sampul  SPR.  No.3  dan
                       menyemak  maklumat  pada  Borang 13.  Bandingkan  maklumat
                       pada  Borang  13  dengan  bilangan  Kertas  Undi  yang  tidak

                       digunakan dan Kertas Undi Rosak yang berada dalam Sampul
                       SPR.  No.3.  Selepas  semakan  dibuat,  sekiranya  terdapat
                       kesilapan  pada  Borang  13,  pembetulan  perlu  dibuat  pada

                       Borang  13.  Selepas  pembetulan  dibuat  pada  Borang  13,  jika
                       bilangan Kertas Undi dalam Dulang Mengira Undi adalah sama
                       atau  kurang  berbanding  Bahagian  E  Borang  13,  pengiraan

                       Kertas Undi boleh diteruskan. Jika bilangan Kertas Undi dalam
                       Dulang  Mengira  Undi  masih  lebih  berbanding  Bahagian  E
                       Borang 13, teruskan dengan Langkah Ketiga.



                3)     Langkah Ketiga:             Periksa  Cap  Kertas  Undi/  tandatangan
                       KTM  pada  Kertas  Undi  SATU  PERSATU  bagi  memastikan
                       Kertas  Undi  tersebut  adalah  dikeluarkan  daripada  Tempat
                       Mengundi  berkenaan  berdasarkan  nombor  siri  Cap  Kertas

                       Undi/ tandatangan KTM seperti dalam Borang SPR.753.


                4)     Kertas  Undi  lebihan  yang  dijumpai  dimasukkan  ke  dalam
                       Sampul SPR. No.3.

                        [Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

                       (Penjalanan Pilihan Raya) 1981]
                                                         76
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81