Page 87 - BUKU KERJA KTM
P. 87
5.2 - PROSEDUR PENGURUSAN SAMPUL-
SAMPUL PILIHAN RAYA SELEPAS
SELESAI PENGIRAAN UNDI
Selepas Borang 13 selesai
disempurnakan, KTM hendaklah
memasukkan Borang 13 bersama-
sama dengan Borang SPR. 753,
Borang SPR. 757 dan Borang SPR.
764 ke dalam Sampul SPR. No.1.
Sampul SPR. No.1 perlu dimeterai
dengan Perekat Keselamatan dan
ditandatangan oleh KTM. KTM
boleh meminta EMU
metandatangan pada Perekat
Keselamatan jika mereka ingin
berbuat demikian.
Selepas Borang 14 yang telah
selesai disempurnakan, KTM
hendaklah memasukkan satu
salinan Borang 14 ke dalam
Sampul SPR. No.2. Meteraikan
Sampul SPR. No.2 dengan Perekat
Keselamatan dan tandatangan.
Minta EMU tandatangan pada
Perekat Keselamatan jika mereka
ingin berbuat demikian.
KTM hendaklah memasukkan
Sampul SPR. No.1 dan Sampul
SPR. No.2 ke dalam beg KTM untuk
diserahkan kepada PP di Pusat
Penjumlahan Rasmi Undi.
87

