Page 26 - BUKU PENGURUSAN SMKCC 2019
P. 26
PANDUAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
2. Guru bertugas membantu guru penyelaras perhimpunan yang bertanggungjawab dan lembaga pengawas
mengarahkan pengawas bertugas bersedia agar perjalanan perhimpunan rasmi dapat dikendalikan
dengan sempurna dari awal sehinggalah selesai. Antaranya:-
1.1 Pastikan kerusi guru disusun rapi
1.2 P.A.Sistem boleh berfungsi
1.3 Bendera-bendera rasmi Negara disediakan
1.4 Pelajar beratur mengikut barisan / kelas
1.5 Susunan atur cara majlis mengikut prokotol yang ditentukan
1.6 Membaca ikrar / Menyampaikan laporan ringkas di perhimpunan
(Membuat Pengumuman / rumusan mengenai kegiatan sekolah, kebersihan sekolah [dari segi bilik
darjah, tandas dan kawasan sekolah] dan disiplin pelajar pada hari Isnin berikutnya).
3. Setiap kali perhimpunan tidak rasmi, guru bertugas hendaklah bersama membantu guru pengawas
melihat / menyelia pelajar-pelajar semasa perhimpunan selain daripada pengawalan di pintu pagar. Guru
bertugas sewajarnya bekerjasama dengan guru disiplin dan guru pengawas agar semua maklumat
diketahui. Pastikan perhimpunan tidak rasmi ditamatkan sebelum 7.40 pagi.
4. Pada waktu rehat guru bertugas patut melihat / mengawasi tempat-tempat yang menjadi tumpuan seperti
kantin, kawasan belakang sekolah dan lain-lain agar dapat mengawasi pelajar jika pelajar membuat
salahlaku.
5. Memastikan segala program dan aktiviti kurikulum, HEM atau kokurikulum berjalan dengan baik dan
lancar. Sekiranya ada program / aktiviti selepas waktu persekolahan, guru bertugas mesti hadir
memastikan kelancaran program / aktiviti yang berlaku dan memberi bantuan / mengambil tindakan yang
sewajarnya apabila perlu.
6. Guru bertugas bertanggungjawab menguruskan pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan doktor.
Menghantar pelajar sakit balik ke rumah atau ke hospital sekiranya perlu. Semua borang-borang rawatan
atau sebagainya hendaklah disimpan seperti yang diarahkan.
7. Guru bertugas hendaklah menyediakan laporan bertugas harian pada setiap hari di dalam Buku Laporan
Guru bertugas. Begitu juga Laporan Anti-Denggi. Buku Laporan ini hendaklah dihantar ke pejabat setiap
hari sebelum meninggalkan sekolah untuk dilihat oleh pentadbir dan diambil semula dari pejabat selepas
waktu ke-2 pada keesokan hari. Format menulis laporan seperti yang sedia ada digunapakai.
8. Guru Bertugas seharusnya mengenali serta membantu mengatasi masalah yang timbul dan memberi
pendapat, idea atau cadangan yang membina.
9. Guru bertugas dikehendaki mencatatkan minit mesyuarat guru selaku setiausaha sekiranya ada
mesyuarat guru pada minggu dia bertugas.
10. Jadual guru bertugas tertakluk kepada pindaan. Sekiranya guru bertugas pada minggu tertentu tidak
dapat bertugas pada minggu tersebut, sila carikan guru ganti sendiri dan tukar sama tukar dengan
memaklumkan kepada pihak pentadbir tentang pertukaran tersebut.
21 SMKCC: BUKU PENGURUSAN SEKOLAH

