Page 6 - BUKU PENGURUSAN SMKCC 2019
P. 6
MATLAMAT SEKOLAH
Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti,
berkesan dan menyeluruh.
FALSAFAH SEKOLAH
Wawasan kami adalah semua pelajar akan menerima pendidikan keseluruhan dengan
menumpukan kepada perkembangan individu sepenuhnya dari rohani, emosi, intelek dan
jasmani.
Semua pelajar dibekalkan dengan kemahiran asas pengetahuan untuk membolehkan mereka
menyesuaikan diri dalam hidup yang sempurna dan memberikan khidmat bakti kepada
masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang hidup.
Semua pelajar digalakkan mengamalkan agama masing-masing. Tuhan diutamakan setiap
masa dan setiap pelajar dibantu untuk merapatkan diri dengan Tuhan. Pelajar-pelajar dibantu
untuk memupuk prinsip-prinsip Rukunegara dan nilai-nilai moral untuk menjadi seorang
warganegara yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama dan Negara.
Membentuk pendidik yang berdedikasi dan bertanggungjawab yang boleh memberi panduan
dan insentif kepada pelajar-pelajar. Pendidik dan pelajar-pelajar bersama-sama membentuk
satu keluarga yang saling bantu-membantu dalam semangat hormat-menghormati dan kasih
sayang. Ini adalah bersamaan dengan semangat BI Magdalen Canossa, di mana semua
pelajar,termasuk yang miskin dan lemah, diberi perhatian dan dibantu.
PIAGAM PELANGGAN SMK CANOSSA CONVENT
Memastikan program pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi mengembangkan potensi
pelajar ke arah pembentukan sahsiah dan nilai-nilai keilmuan yang unggul.
Mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang harmonis ke arah melahirkan pelajar yang
mempunyai budi pekerti yang mulia.
Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelajar, ibu bapa, masyarakat dan
negara.
Mengamalkan etika serta budaya kerja yang positif dan menyediakan kecermerlangan kerja
dan berdedikasi serta bertanggungjawab.
Menyediakan perkhidmatan mesra dan sukarela untuk memenuhi keperluan kerohanian dan
kebajikan pelajar.
4
SMKCC: BUKU PENGURUSAN SEKOLAH

