Page 16 - e-PENGURUSAN SKULWAYS 2020
P. 16
E-PENGURUSAN SEKOLAH
SK ULU LUIT
TAHUN 2020
online APDM )
4. MENINGGALKAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS
Maklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah dan mengisi Borang / menulis di dalam
buku Kebenaran Keluar Semasa Bertugas setelah mendapat kebenaran daripada Guru
Besar. Bagi guru/ staf sokongan yang berkursus, rekodkan dalam Buku Rekod
Pergerakan Guru / staf sokongan pada Pembantu Tadbir. Bagi guru perlulah
meninggalkan tugasan/ lembaran kerja kepada murid dan serahkan tugasan tersebut
kepada GPK Pentadbiran atau Guru Bertugas Mingguan.
5. FAIL REKOD MENGAJAR ( FRM )
Lengkapkan maklumat-maklumat yang perlu dicatat dalam FRM termasuk maklumat
peribadi, senarai tugas, jadual PdP, mesyuarat/kursus yang telah dihadiri, buku teks dan
rujukan yang berkaitan, Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), markah prestasi murid.
FRM perlu dihantar ke pejabat setiap hari Jumaat sebelum jam 12.00 tengahari atau
hari akhir persekolahan mingguan atau pagi isnin berikutnya untuk tujuan semakan oleh
Guru Besar atau GPK ( mengikut mingguan )
6. KEHADIRAN KEGIATAN KO-KURIKULUM
Semua guru yang ditugaskan menjadi penasihat persatuan / kelab/ unit beruniform/
sukan / permainan adalah diwajibkan hadir mengikut jadual aktiviti yang ditetapkan.
Catatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Ko-kurikulum.
7. GURU GANTI
Guru ganti hendaklah mematuhi arahan pentadbir menggantikan guru yang tidak hadir.
Sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini sekiranya berlaku terhadap murid
pada waktu tersebut adalah menjadi tanggungjawab guru ganti berkenaan. Rekodkan/
catatkan pengajaran di dalam buku kawalan kelas.
8. JADUAL KEDATANGAN MURID
Jadual Kedatangan Murid adalah dokumen rasmi dan melibatkan audit. Guru perlu
mengisi maklumat dengan tepat, penggunaan cecair pemadam (liquid paper) adalah
dilarang sama sekali. Guru hendaklah memulangkan semula ke pejabat sekolah setiap
hari sebelum waktu ketiga. Murid yang tidak hadir tiga hari berturut-turut hendaklah
dimaklumkan kepada GPK HEM dan diberi surat peringatan kepada penjaga.
15

