Page 56 - e-PENGURUSAN SKULWAYS 2020
P. 56

E-PENGURUSAN SEKOLAH
                                                                SK ULU LUIT
                                                                 TAHUN 2020





           PENDAHULUAN


           Unit Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya
           dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Menjadi nadi kepada perjalanan proses
           pengajaran dan pembelajaran. Matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan,
           keselamatan dan akhlak, serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga
           mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Atas dasar inilah pihak sekolah telah
           merancang  dan  melaksanakan  pelbagai  program  untuk  mempastikan  matlamat  sekolah  tercapai.

           Harapan yang tinggi menjulang ini akan tercapai dengan adanya kerjasama yang erat antara semua
           guru, murid dan ibubapa mampu merealisasikan visi sekolah ini.





           MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID


           SK ULU LUIT


           Menjadikan  Unit  Hal  Ehwal  Murid  sebagai  satu  organisasi  yang  sentiasa  prihatin  dalam  hal
           pengurusan murid merangkumi bidang disiplin, kebajikan, keselamatan, kesihatan dan pembinaan
           insan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara ke arah melahirkan murid sebagai individu yang
           seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran serta menyuburkan potensi kepimpinan.





           OBJEKTIF HAL EHWAL MURID SK ULU LUIT


           1.  Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.

           2.  Menghasilkan program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di

                peringkat sekolah.


           3.  Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.

           4.  Memastikan semua murid mendapat layanan kemudahan dan kebajikan yang saksama ke

                arah peningkatan kualiti pembelajaran di sekolah.


           5.  Sentiasa bersikap terbuka dan menjalin hubungan mesra dengan ibubapa murid dan

                komuniti setempat.
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61