Page 112 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 112

PENGURUSAN KURIKULUM  2019


                                                      BIDANG  TUGAS
                             JAWATAN KUASA PENGURUSAN KURIKULUM TAHUN 2019


                                                  1. JAWATANKUASA KURIKULUM

                       Tugas dan tanggungjawab:
                       1.   Bermesyuarat sebelum persekolahan bermula / bila-bila diperlukan.
                       2.   Bertanggungjawab  meningkatkan  taraf  pengajaran  pembelajaran  bertujuan    meningkatkan
                           prestasi akademik murid.
                       3.   Merangka,  melaksana,  mengawasi  kurikulum  supaya  berjalan  mengikut  dasar  perancangan
                           kurikulum, sukatan dan huraian/rancangan pelajaran.
                       4.   Menyediakan Perancangan Strategi, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi panitia.
                       5.   Bertanggungjawab melaksana dan menyelia segala perancangan kurikulum di peringkat sekolah.
                       6.   Menyelaras semua peperiksaan sekolah  – ujian /Peperiksaan Pertengahan Tahun/Peperiksaan
                           Akhir Tahun.
                       7.   Menganalisis pencapaian akademik dan merancang strategi sebagai tindakan susulan.
                       8.   Menyelaras program-program untuk meningkatkan pencapaian murid cemerlang, sederhana dan
                           lemah.
                       9.   Merangka dan menyelaras jadual pencerapan pengajaran guru.
                       10.  Merancang dan mengelola kursus dalaman untuk guru.
                       11.  Menjadi  Naib  Pengerusi  mesyuarat  panitia  mata  pelajaran.    Agenda  mesyuarat  Panitia
                           merangkumi perkara-perkara berkut:-
                           1.11.1 Sukatan Pelajaran/ DSKP
                           1.11.2 Rancangan Pelajaran Tahunan, Penggal, Mingguan & Harian
                           1.11.3 BBM
                           1.11.4 Buku Teks Guru
                           1.11.5 Buku Rujukan Tambahan
                           1.11.6 Peperiksaan/Penilaian
                           1.11.7 Membincangkan Prestasi murid dan Headcount.
                           1.11.8 Pencerapan, Semakan Hasil Kerja Murid & Latihan/ Kerja Kursus
                           1.11.9 LDP dll
                       12.  Memastikan minit mesyuarat/laporan ringkas panitia dibuat dan difailkan.
                       13.  Visi,  Misi  Kurikulum,  Surat  Pelantikan  Panitia,  Profil  Guru,  Instrumen  Pemantauan  5K  dan
                           Instrumen Pemantauan Umum dan lain-lain difailkan.
                       14.  Mendapatkan  tarikh  mesyuarat  JKS  berdasarkan  takwim  sekolah  dan  mengesahkan  agenda
                           daripada Penolong Kanan.
                       15.  Membuat surat panggilan mesyuarat untuk edaran dan failkan dalam fail kurikulum.
                       16.  Menyediakan minit mesyuarat yang lalu, mencatat dan menyiapkan minit mesyuarat JKKS dalam
                           tempoh 2 minggu dari tarikh mesyuarat.
                       17.  Memastikan  tempat  mesyuarat  dan  peralatan  yang  diperlukan  dalam  keadaan  sedia  untuk
                           digunakan.
                       18.  Mengedar senarai kehadiran guru sebelum mesyuarat bermula.
                       19.  Menyerahkan satu salinan minit mesyuarat kepada Pengetua, Penolong Kanan dan memfailkan
                           minit dalam fail kurikulum.


                                         2. JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

                       Tugas dan tanggungjawab:
                       1.     Menguruskan pendaftaran peperiksaan.
                       2.     Memberi penerangan mengenai peperiksan awam kepada murid dan guru.
                       3.     Menyediakan tempat peperiksaan dan peralatan diperlukan.
                       4.     Mendapatkan soalan peperiksaan untuk simpanan sekolah.
                       5.     Membuat analisis keputusan peperiksaan awam.
                       6.     Merancang ujian/peperiksaan di peringkat sekolah berpandukan perancangan LPM dan JPNWP.
                       7.     Menyusun  jadual peperiksaan, tarikh kertas soalan siap, tarikh pemarkahan dan penyerahan
                               markah kepada guru tingkatan dan Pengetua/Penolong kanan.
                       8.     Menyediakan jadual ujian/peperiksaan dalaman berpandukan takwim peperiksaan sekolah.
                       9.     Menyediakan Headcount Peperiksaan Pertengahan (OTI1) dan Percubaan (OTI2) untuk serahan
                               ke JPNWP, Penolong Kanan (2 salinan & pemfailan)
                       10.   Bertanggungjawab dalam menguruskan susun atur dewan untuk peperiksaan awam PT3/SPM
                               dan lain- lain peperiksaan yang diarahkan oleh JPNWP/KPM.
                       11.   Setiausaha Peperiksaan dalaman/awam memastikan guru tingkatan dan guru mata pelajaran
                                                                    PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019   88
                                                             SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117