Page 150 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 150
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2019
PROSEDUR MEMBAWA MURID
MENYERTAI AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
A. LAWATAN SAMBIL BELAJAR / KEM MOTIVASI / PERKHEMAHAN MURID
1. Tulis surat permohonan / kertas kerja untuk mengadakan aktiviti kepada pengetua.
2. Lengkapkan Borang Pelancongan Sekolah (PS I, PS 2, PS 3), penyata kewangan dan
senarai nama dan hantar ke Jabatan enam minggu sebelum tarikh aktiviti. (Rujuk Lampiran)
3. Borang yang telah diluluskan oleh pihak jabatan perlu dihantar kepada pihak polis / JPN berkenaan
(Rujuk Borang PS 1) sebelum aktiviti dijalankan.
4. Surat kebenaran ibu bapa perlu diedarkan kepada murid. Pastikan surat kebenaran ditandatangani oleh
guru sebelum diedarkan. Keratan jawapan yang telah ditandatangani oleh ibu bapa perlu dikembalikan
kepada guru sama ada ibu bapa membenarkan atau tidak membenarkan anak menyertai aktiviti.
Keratan jawapan ini perlu dibawa bersama-sama semasa aktiviti dijalankan.
5. Serahkan satu set Borang Pelancongan yang telah diluluskan oleh jabatan kepada PK HEM.
6. Senarai nama Murid yang menyertai aktiviti perlu dimasukkan ke dalam fail “ Senarai Murid Menyertai
Aktiviti Luar ” di bilik PK HEM.
7. Maklumkan kepada Guru Tingkatan sekiranya aktiviti melibatkan hari persekolahan.
8. Maklumkan kepada pihak sekolah sekiranya aktiviti tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
B. AKTIVITI KOKURIKULUM / PERTANDINGAN
1. Guru perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum mengadakan aktiviti.
2. Guru Penasihat perlu melengkapkan Borang Penyertaan Kokurikulum dalam 3 salinan
(Papan Notis Bilik Guru / Fail Penyertaan Aktiviti / Fail Persatuan).
3. Setiap aktiviti perlu diawasi /diiringi oleh guru sepanjang masa.
4. Maklumkan kepada Guru Tingkatan sekiranya aktiviti dijalankan pada hari persekolahan.
5. Semua aktiviti yang dijalankan semasa cuti sekolah perlu dimaklumkan kepada pihak pentadbir.
6. Maklumkan kepada pihak sekolah sekiranya aktiviti tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR 125

