Page 7 - Ini-Doaku
P. 7
Azkar oleh Imam al-Nawawi, al-Ma’thurat oleh al-Marhum Hasan
al-Banna, kitab al-Du’a oleh al-Syeikh Abdullah Sirajuddin dan
banyak lagi.
Dalam buku kecil ini, kami kemukakan sejumlah doa yang
sewajarnya dibaca dan diamalkan. Kami berazam dan bercita- cita
untuk beriltizam membacanya pada waktu pagi meskipun jumlah
doa yang dikemukakan tidaklah sebanyak mana.
Cukuplah untuk kita mengambil masa dalam 10 hingga ke
15 minit untuk berdoa dengan doa-doa ini. Ia mungkin boleh
dilakukan selepas solat Subuh atau sebelum pergi ke tempat kerja
pada setiap pagi.
Ini sebagai menzahirkan diri kita sebagai seorang Muslim
yang bergantung kepada Allah SWT. Begitu juga kerana berdoa
merupakan sebahagian daripada sifat tawakkal kepada-Nya.
Sementelahan lagi, amalan berdoa merupakan amalan para nabi,
rasul, para sahabat, salafus soleh dan manusia yang kenal kepada
Tuhannya.
Semoga buku yang kecil ini memberi manfaat kepada kita
semua untuk beramal dalam berdoa kepada Allah di samping
meraikan segala apa yang menjadi adab-adab dalam berdoa.
4

