Page 161 - DSKP PEMULIHAN KHAS BM
P. 161

LAMPIRAN 4
                Senarai Kata Kerja bagi Melaksanakan KBAT dalam Bilik Darjah

                Tahap pemikiran diterjemahkan melalui kata kerja yang sesuai seperti dalam Jadual  2. Senarai kata kerja ini dikategorikan mengikut tahap
                pemikiran yang berbeza. Walau bagaimanapun, satu kata kerja yang sama boleh dikategorikan pada tahap pemikiran yang berbeza berdasarkan
                konteks penentuan objektif pembelajaran.
                                                                       Jadual 2 : Senarai Kata Kerja

                       Mengingat              Memahami              Mengaplikasi           Menganalisis              Menilai               Mencipta


                   Mengingat kembali      Menterjemahkan bahan  Menggunakan              Mencerakinkan          Membuat                Menghasilkan  idea
                   atau mengenal pasti    atau idea daripada     pengetahuan,            maklumat kepada        pertimbangan dan       atau produk  atau
                   maklumat yang spesifik   satu bentuk ke bentuk   kemahiran, dan nilai   bahagian kecil untuk   keputusan            kaedah yang kreatif
                                          lain; mentafsir bahan   dalam situasi berlainan   memahami dengan     menggunakan            dan inovatif
                                          atau idea, menganggar  untuk melaksanakan      lebih mendalam serta   pengetahuan,
                                          trend                  sesuatu perkara         hubung kait antara     pengalaman,
                                                                                         bahagian berkenaan     kemahiran dan nilai
                                                                                                                serta memberi justifikasi


                   Mengecam               Menjelaskan            Menunjukkan             Mencerakin             Mempertimbangkan       Menaik taraf
                   Mengulang              Memberi contoh         Menyesuaikan            Membezakan             Memilih                Menggubah
                   Menyenaraikan          Meringkaskan           Menggunakan             Memeriksa              Membuat keputusan      Merancang
                   Mengenal pasti         Menterjemah            Menggambarkan           Membanding             Memberi alasan         Membina
                   Menamakan              Memilih                Membina                 Mengesan               Membahas               Mencadangkan
                   Menyatakan             Menerangkan            Melengkapkan            Menyiasat              Mengesahkan            Menjana
                   Memberitahu            dan lain-lain          Memeriksa               Mengkategorikan        Mencadangkan           Membangun
                   dan lain-lain                                 Mengelaskan             Memaparkan             Mentaksir              Menyediakan
                                                                 Menunjuk cara           Menilai                Membuat kesimpulan     Menyusun semula
                                                                 Melukis                 Menguji                Mempertahankan         Menggabungkan
                                                                 Melakar                 Meramal                Menyokong              Memasang
                                                                 Meramal                 Membuat inferens       Menentukan             Merumuskan
                                                                 Menyediakan             Mentafsir              keutamaan              Menghasilkan
                                                                 Menghasilkan            dan lain-lain          Meramal                Mereka bentuk
                                                                 Mengguna pakai                                 Membuat justifikasi    Melakar
                                                                 Melaksana                                      dan lain-lain          dan lain-lain
                                                                 Melakonkan
                                                                 dan lain-lain


                                                                                                 Ebook - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Aplikasi Di Sekolah 2014
                                                                                                                            Bahagian Pembangunan Kurikulum
                                                                                    154
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166