Page 172 - DSKP PEMULIHAN KHAS BM
P. 172
LAMPIRAN 6 (F)
CONTOH PEMBELAJARAN BERMAKNA : MENGAPLIKASI KEMAHIRAN (BAHASA MELAYU) - 6
TEMA : Kebudayaan Kita
STANDARD PEMBELAJARAN : 2.3.2 (iv) Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan bukan sastera dengan sebutan yang
betul dan intonasi yang sesuai; petikan bukan sastera.
KEMAHIRAN PEMULIHAN : 32 - Bacaan dan Pemahaman
BAHAN RUJUKAN : Buku Teks Bahasa Melayu (SK) Tahun 2, Jilid 2
MUKA SURAT : 82
AKTIVITI : Membaca dan memahami petikan.
LANGKAH PENGAJARAN :
1. Murid membaca petikan secara individu dan berkumpulan.
2. Murid diminta menyatakan maklumat yang telah di baca.
3. Guru bertanyakan soalan berkaitan petikan kepada murid seperti:
i. Bilakah masjid ini mula dibina?
ii. Siapakah yang merasmikan masjid tersebut?
4. Murid menceritakan pengalaman semasa berada di masjid. (Pembelajaran Bermakna)
165

