Page 2 - KOLEKSI POSTER- PERKONGSIAN MURNI (EDISI COVID19 PKP3.0)
P. 2
Sekilas Pandang
Koleksi poster "Perkongsian Murni (Edisi Covid-19 PKP
3.0/2021) ini merupakan usaha murni Sektor Psikologi
dan Kaunseling PPD Larut Matang dan Selama dengan
sokongan penuh daripada Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah, LT Kol Syed Nasir bin Sayed Mahadi. Tujuan
utama penghasilan koleksi poster ini adalah bertujuan
untuk memberi sokongan psikologi kepada warga
pendidikan di daerah Larut Matang dan Selama. Koleksi
poster ini telah disebar luaskan melalui media
perhubungan rasmi PPD Larut Matang dan Selama
(Telegram) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP/PKPB) iaitu bermula 1 Jun 2021
sehingga 16 Julai 2021. Sebanyak 33 buah poster
berinformasi telah disebarkan dengan harapan dapat
memberi manfaat kepada warga pendidik sekalian.

