Page 104 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 104

LAMPIRAN 3B
                                      PENCERAPAN BUKU REKOD MENGAJAR (BRM)

               1.      PENDAHULUAN
                       Buku rekod Mengajar adalah dokumen penting bagi seseorang pendidik.  Boleh diumpamakan
                       sebagai ‘urat nyawa’ bagi guru dalam bidang pendidikan.  Di dalamnya terkandung maklumat
                       peribadi, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Harian dan
                       maklumat serta markah-markah pelajar dalam tempoh setahun.  Justeru itulah BRM perlu
                       disemak atau dicerap dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pentadbir, sebagaimana yang
                       diperuntukan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 55), Peraturan dan Pendidikan Kurikulum
                       Kebangsaan 1997.
               2.      MATLAMAT

                       Memastikan semua guru memiliki Buku Rekod Mengajar (BRM) dan menulis segala maklumat
                       yang  berkaitan  serta  rancangan  pelajaran  harian  mengikut  kaedah-kaedah  yang  telah
                       ditetapkan, sebagaimana yang diarahkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1999 :
                       Penyediaan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.


               3.      OBJEKTIF-OBJEKTIF PENCERAPAN BRM


                       3.1    Semua guru sesi pagi dan petang dapat menyerahkan BRM pada setiap hujung minggu
                              mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pentadbir.
                       3.2    Guru-guru  dapat  melengkapkan  maklumat-maklumat  dan  Rancangan  Pelajaran
                              Harian setiap minggu.
                       3.3    Memastikan  pembelajaran  dan  pengajaran  guru  selaras  dengan  sukatan  mata
                              pelajaran yang berkaitan.
                       3.4    Guru-guru  dapat  mengaplikasikan  komen-komen  atau  cadangan  pencerap  untuk
                              meningkatkan lagi mutu P&P mereka.
                       3.5    Mengenalpasti guru-guru yang gagal menyerahkan BRM untuk semakan.


               4.      JAWATANKUASA PENCERAPAN


                       4.1    Guru Besar           :       Pengerusi
                       4.2    Penolong Kanan       :       Naib Pengerusi

                       4.3    Penolong Kanan HEM   :       Naib Pengerusi
                       4.4    PK Kokurikulum       :       Naib Pengerusi

                       4.5    Guru Kanan Kem       :       Setiausaha
                       4.6    Guru Kanan Bahasa    :       AJK

                       4.7    Guru Kanan Sains Mate  :     AJK







                                                                                       SKSI SMART
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109