Page 154 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 154

KATA ALU-ALUAN UNIT KOKURIKULUM 2022






               Assalamualaikum wbt.

                       Alhamdulillah,  syukur  kita  kepada  Allah  Subhanawata’ala  kerana  masih  diberi

               kesihatan dan kesempatan untuk kita sama-sama menabur bakti dan berbudi kepada anak
               bangsa. Mudah-mudahan pada tahun 2021 ini, kita dapat melaksanakan tugas dan amanah

               yang  diberikan  dengan  lebih  baik  lagi.  Terima  kasih  kepada  semua  warga  SEKOLAH
               KEBANGSAAN SERI ISKANDAR ( SKSI ) yang telah memberikan khidmat yang baik sepanjang
               tahun 2020 dalam usaha menjayakan kegiatan kokurikulum selaras dengan kehendak dan

               kemahuan Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan kegiatan kokurikulum menjadi
               pemangkin  kepada  pembentukan  insan  kamil  seperti  yang  dihasratkan  dalam  Falsafah
               Pendidikan Kebangsaan.


                       Seperti yang kita  ketahui  banyak perubahan dan pembaharuan yang berlaku dalam
               pendidikan dan tidak terkecuali dalam kokurikulum. Murid tidak lagi  dinilai berteraskan

               akademik  sahaja  malah  kokurikulum  akan  menjadi  penyumbang  yang  penting  dalam
               pencapaian mereka. Oleh yang demikian,  pelaksanaan program SKPMg2 dan PAJSK perlu
               difahami  dengan  sempurna  oleh  semua  warga  sekolah.  Saya  berharap  dengan  adanya
               “BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM 2021” akan sedikit sebanyak dapat memberi panduan

               dan membantu para guru dalam melaksanakan urusan kokurikulum di sekolah ini sepanjang
               sesi persekolahan 2021.


               Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada
               semua  guru atas  komitmen  yang  telah  lalu  dan  berharap agar  akan diteruskan  dengan
               penuh keikhlasan pada masa-masa akan datang.


               Terima kasih dan Selamat Menjalankan Tugas.








               EN ZAINI BIN ZULKIFLI

               Penolong Kanan Kokurikulum

               SK Seri Iskandar





                                                                                       SKSI SMART
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159