Page 55 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 55

2.  Memeriksa setiap aset beserta kad daftar.
                        3.  Menyediakan Laporan Pemerksaan Harta Modal KEW.PA-10 dan
                           Laporan Pemeriksaan Inventori KEW.PA-11 kepada Ketua Jabatan.

                        4.0 LEMBAGA PEMERIKSA PELUPUSAN ASET
                        1.  Menyedia dan mengemukakan jadual pemeriksaan kepada Urus Setia
                           Pelupusan Jabatan.
                        2.  Memeriksa aset dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu (1) bulan
                           dari tarikh diarahkan oleh jabatan.
                        3.  Memastikan segala maklumat sulit dan rahsia dalam peralatan yang
                           hendak dilupuskan telah dikeluarkan / dihapuskan.
                        4.  Menyedia Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17.
                        5.  Mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai.
                        6.  Menandatangani KEW.PA-17 dan mengemukakan kepada Urus Setia
                           Pelupusan.
                        7.  Tindakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan hendaklah
                           dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan tarikh surat kelulusan.

                        5.0 PENYIASATAN
                        1.  Menjalankan siasatan dengan segera selepas perlantikan dan menerima
                           arahan.
                        2.  Memeriksa sendiri tempat berlakunya kehilangan.
                        3.  Meneliti Laporan Polis yang dibuat mengenai kehilangan.
                        4.  Memeriksa rekod-rekod mengenai aset yang hilang.
                        5.  Memastikan sama ada Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA)
                           dan Arahan Keselamatan Kerajaan dipatuhi.
                        6.  Mengenalpasti kelemahan yang wujud.
                        7.  Mengesyorkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelak
                           berulangnya kejadian kehilangan.
                        8.  Menyedia dan menandatangani Laporan Akir KEW.PA-30.

                        6.0 PEGAWAI STOR
                        1.  Menerima barang-barang yang dipesan dengan mengesan dan
                           memperaku serahan barang-barang oleh pembekal.
                        2.  Merancang dan mengurus penokokan stok bagi memastikan kedapatan
                           stok mengikut paras yang ditetapkan.
                        3.  Menjalankan pemeriksaan bagi mengesan dan mengenal pasti
                           sebarang kelemahan yang menyebabkan berlaku perselisihan stok, stok
                           rosak, usang, luput tempoh penggunaan dan tidak bergerak.
                        4.  Mengambil tindakan pelupusan ke atas stok yang usang/obselete,
                           rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak
                           diperlukan, tidak bergerak atau melebihi keperluan supaya prestasi stor
                           tidak terjejas dan mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan.
                        5.  Menguruskan tindakan hapus kira ke atas stok yang hilang.
                        6.  Menyediakan Laporan Suku Tahun dan Tahunan Pengurusan Stor.









                                                                                       SKSI SMART
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60