Page 24 - Buku Soalan Tutorial Kursus Pengurusan Perniagaan AP015 Sesi 2021/2022
P. 24
3
4. Huraikan dua (2) sumber yang boleh digunakan dalam pengrekrutan. (6 markah)
5. Jelaskan enam (6) kaedah yang lazim digunakan dalam melakukan pemilihan kakitangan.
(12 markah)
6. Huraikan empat (4) tujuan orientasi. (4 markah)
7. Program latihan dan pembangunan memberikan banyak faedah kepada individu dan organisasi.
Jelaskan dua (2) faedah kepada individu dan dua (2) faedah kepada organisasi.
(4 markah)
8. Jelaskan jenis latihan semasa kerja dan latihan di luar kerja yang kebiasaannya diamalkan oleh
sesebuah organisasi. (8 markah)
9. Huraikan maksud pembangunan beserta contoh. (3 markah)
10. Huraikan dua (2) kaedah penilaian prestasi sumber manusia dan nyatakan tujuan penilaian
prestasi dijalankan. (8 markah)
11. Jelaskan maksud ganjaran dan huraikan tiga (3) jenis bayaran yang termasuk dalam ganjaran
tersebut. (5 markah)
12. Jelaskan bentuk-bentuk faedah wang dan bukan wang sebagai satu dorongan untuk
mengekalkan pekerja untuk Syarikat Sony Sdn Bhd. (18 markah)
13. Jelaskan maksud keselamatan dan kesihatan pekerja dalam sesebuah organisasi beserta
contoh. (6 markah)
PP.KMS | AP015 2021/2022

