Page 4 - Buku Soalan Tutorial Kursus Pengurusan Perniagaan AP015 Sesi 2021/2022
P. 4

BAB 1



               PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN













               SOALAN


               1.    Berikan definisi perniagaan.                                              (2 markah)


               2.    Nyatakan lima (5) elemen penting yang terdapat dalam definisi perniagaan. (2 markah)


               3.    Nyatakan dan huraikan lima (5) proses perniagaan bagi Kilang Roti Sedap.  (5 markah)


               4.    Jelaskan objektif keuntungan dalam perniagaan Syarikat Dobi Odogon.       (4 markah)


               5.    Huraikan empat (4) kepentingan Syarikat Fashionista kepada pihak berkepentingan.
                                                                                               (8 markah)

               6.    Nyatakan fungsi-fungsi perniagaan berdasarkan pernyataan berikut:         (2 markah)



                                         PERNYATAAN                              FUNGSI PERNIAGAAN


                     Menguruskan tenaga pekerja organisasi bagi
                     menggerakkan jentera operasi pengeluaran, pemasaran
                     dan kewangan.


                     Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk
                     merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan harga,
                     promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan
                     berlaku pertukaran yang dapat memenuhi keperluan
                     pengguna dan dapat mencapai objektif organisasi.











                                                                                              PP.KMS | AP015 2021/2022
   1   2   3   4   5   6   7   8   9