Page 55 - BUKU PENGURUSAN GURU 2019
P. 55

RANCANGAN KO-KURIKULUM BAGI TAHUN 2019
                                          SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2
                                                   JALAN USJ 2/ 3,
                                                47600 SUBANG JAYA

            PENDAHULUAN

            Menyertai  kegiatan  kokurikulum  adalah  antara  aspek  penting  yang  perlu  diberikan  penekanan  di  dalam
            pembelajaran  murid  –  murid,  maka  pihak  sekolah  telah  mengambil  inisiatif  untuk  menawarkan  beberapa
            kegiatan yang perlu. Tumpuan diberikan kepada kegiatan – kegiatan seperti di bawah :-

            a.  Kumpulan A / Sukan dan Permainan
               Bola sepak /  Bola jaring / Badminton / Bola Tampar

            b.  Kumpulan B / Unit Beruniform
               Bulan Sabit Merah / Pengakap  / Puteri Islam / TKRS / Taekwando

            c.  Kumpulan C / Kelab / Persatuan
               Sains & Matematik /  Permainan Dalaman / Seni & Kebudayaan / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris /
                Rukun Negara

            MATLAMAT

            Bagi setiap kumpulan kegiatan, ianya bermatlamat ;

            1.  Kumpulan A
               a.      Mendedahkan  murid dengan kemahiran permainan baru di dalam hidup mereka.
               b.      Menyediakan program latihan untuk murid sama ada secara swasta atau melalui sekolah.
               c.      Menyertai mana – mana pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah, MSSD dan swasta.

            2.  Kumpulan B
               a.      Membentuk murid agar lebih berdisiplin.
               b.      Mendedahkan murid dengan pelbagai kemahiran hidup sama ada secara teori atau praktikal.
               c.      Memberi peluang murid mengikuti perkhemahan sebagai kegiatan riadah dan memberi pengalaman
                       yang  baru yang berlainan daripada keadaan latar belakang keluarga.

            3.  Kumpulan C
               a.      Memberi  pendedahan  sebanyak  mungkin  kepada  murid  tentang  kemahiran  tambahan  di  dalam
                       akademik.
               b.      Menghayati kegiatan kesenian yang terkandung di dalam program persatuan / kelab

            KEMUDAHAN

            Aspek ini diberi perhatian seimbang dengan perjalanan kokurikulum sekolah. Segala kekurangan daripada segi
            kemudahan peralatan akan cuba diatasi dari semasa ke semasa. Kemudahan padang / gelanggang sedang diberi
            perhatian.

            PENUTUP

            Semoga perancangan ini akan menjadi kenyataan berkat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutama
            daripada kalangan guru – guru, ibu bapa dan pihak luar.
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60