Page 69 - BUKU PENGURUSAN GURU 2019
P. 69

13. Perhimpunan
                      13.1    Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan menandatangani Buku Kehadiran
                                      Guru/PPM dalam Perhimpunan Rasmi.
                      13.2    Memastikan bendera,pembesar suara dan tempat duduk guru  telah disediakan.
                      13.3    Memastikan murid telah beratur dengan kemas.

               GURU KELAS
               Senarai Tugas

                   1.  Pengurusan dan Organisasi Kelas

                      1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas,Penolong Ketua
                          kelas,Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.
                      1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :
                           a-  Jadual waktu
                           b-  Jadual  Bertugas
                           c - Motto kelas
                           d-  Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi
                           e-  Alatan pembersihan seperti penyapu,,bakul sampah dan penceduk sampah
                           f-  Papan tulis,papan kenyataan,almari dll keperluan di bilik darjah mencukupi dan
                              dalam keadaan baik dann teratur.
                      1.3 - Melaporkan perabot dan peralatan yang rodak kepada guru berkenaan
                      1.4 - Membimbing organisasi kelas/murid yang dilantik menjalankan tugas.

                   2.  Buku Kedatangan Murid (BKM) dan Buku Pendaftaran Murid (BPM)

                      2.1-Mengisikan semua maklumat murid dengan lengkap dan kemas dalam buku BKM
                            dengan menggunakan pen dakwat hitam. Murid TIDAK dibenarkan mengisi BKM.
                      2.2-Menandakan BKM dan memulangkan BKM selewat-lewatnya sebelum waktu ketiga
                              berakhir ke pejabat.
                      2.3-Mengemaskini e-Kehadiran murid di pangkalan APDM selewat-lewatnya pada jam
                            11.00 pagi setiap hari persekolahan.
                      2.4-Menentukan semua butir yang dikehendaki dalam BPM ditulis dengan lengkap.Murid
                             tahun 1 akan diisi maklumat mereka dahulu diikuti oleh murid-murid baharu untuk tahun
                              berkenaan.Guru kelas tahun 1 dikehendaki mem-booking angka giliran dalam BPM pada
                              awal tahun.
                      2.5-Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

                   3.  Laporan/Rekod Profil/Kemajuan Murid,Sijil Berhenti,Surat Akuan,Buku Rekod
                      Kesihatan,Rekod Pergigian dan Kad 001R

                      3.1-Memastikan setiap murid mempunyaai (a) Rekod Profil / Kemajuan Murid (b)Kad 001R
                                 (c)Kad Kesihatan (d) Kad Pergigian (e)Buku Nilam
                      3.2-Memastikan semua maklumat dalam dokumen-dokumen tersebut dikemaskinikan.

                   4.  Kutipan Derma/Sumbangan PIBG
                      4.1-Mengutip derma/sumbangan PIBG
                      4.2-Mengutip sumbangan tambahan peperiksaan bagi kelas peperiksaan (jika ada)
                      4.3-Mengeluarkan resut rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat
                      4.4-Menyerahkan wang kutipan kepada guru yang berkenaan
                      4.5-Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74