Page 24 - BPS SK DATUK USMAN AWANG
P. 24

SEJARAH SEKOLAH



               NAMA SEKOLAH :

               1.     MASA AWAL DI BUKA     : SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA JAYA
               2.     SEKARANG              : SK DATUK USMAN AWANG

               ALAMAT:

               JALAN BUNGA RAYA, KOTA KECIL, 81900 KOTA TINGGI

               MENGAPA DIBERI NAMA SK DATUK USMAN AWANG:


                                                   SEKOLAH	KEBANGSAAN	DATUK	USMAN	AWANG

                                                   (	SKDUA	)	telah	dibuka	pada	01	Disember	1994.


               Pada	awal	penubuhannya,	nama	sekolah	ini	ialah	Sekolah	Kebangsaan	Kota	Jaya,	Kota	Tinggi.	Sekolah	ini
               mempunyai	pentadbiran	sendiri	pada	1	Januari	1995	apabila	guru	besar	dilantik	bertugas	di	sekolah	ini.
               Pada	 awal	 pembinaan,	 kemudahan	 fizikal	 terdiri	 daripada	 1	 blok	 kantin	 dan	 2	 blok	 3	 tingkat	 yang
               mengandungi	pejabat,	bilik	guru	besar,	pusat	sumber,	musollah,	bilik	kesihatan,	bilik	kaunseling,	kedai

               buku,	bilik	guru,	makmal	sains,	bengkel	kemahiran	hidup	dan	stor	am.	Sekolah	ini	dibina	di	bawah	projek
               Kementerian	Pelajaran	Malaysia	dan	dimulakan	pada	tahun	1992	dengan	nilaian	projek	kurang	2.5	juta.
               Sekolah	ini	terletak	di	Jalan	Bunga	Raya,	Kota	Kecil,	81900	Kota	Tinggi,	Johor	[Tel/Fax	-	078834233]	)
               dengan	keluasan	tapak,	2	ekar.	Pada	tahun	2009,	tambahan	1	blok	bangunan	4	tingkat	dibina	untuk

               murid-murid	pendidikan	khas.	Lokasi	sekolah,	di	bahagian	timur	ialah	Kolej	Vokasional	Kota	Tinggi.	Di
               bahagian	barat	ialah	kawasan	perumahan	dan	Asrama	Anak	Yatim	Kota	Tinggi.	Manakala	di	bahagian
               utara	ialah	Sekolah	Kebangsaan	Laksamana	(Intergrasi)	dan	SJK(C)	New	Kota.	Bilangan	pelajar	sekarang
               seramai	509	orang,	termasuk	25	orang	murid	prasekolah	dan	77	murid	Pendidikan	Khas	Bermasalah
               Pembelajaran.	 Manakala	 bilangan	 guru	 seramai	 51	 orang	 dan	 8	 orang	 kakitangan	 sokongan	 terdiri
               daripada	1	orang	Pembantu	Tadbir,		1	orang	Pembantu	Operasi,	seorang	Juruteknik	Komputer,	seorang
               Pembantu	Pengurusan	Murid	Prasekolah	dan	4	orang	Pembantu	Pengurusan	Murid	Pendidikan	Khas.






















                                                             23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29