Page 6 - BPS SK DATUK USMAN AWANG
P. 6

BICARA TINTA




                                                              Assalamualaikum, Salam The Victoroius SKDUA Teams,

                                       Dokumen  pengurusan  Sekolah  Kebangsaan  Datuk  Usman  Awang  Tahun  2022  ini
                                       disusun dan dibina sebagai panduan mendepani cabaran dunia pendidikan dalam era

                                       abad ke-21 dengan menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi untuk
                                       diterjemahkan dalam tahun semasa bagi mendepani abad yang begitu mencabar minda
                                       dan kewibawaan kita sebagai pendidik yang berdepan dengan generasi melinium dan

                                       platinium yang serba canggih cara dan corak pemikiran berorentasikan alaf baru dan
                                       moden. Dalam usaha menyiapkan dokumen pengurusan ini, ‘Melangkah Ke Hadapan’
                                       iaitu versi yang dikemaskini daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

                                       yang menyenaraikan 4 kerangka utama KPM dijadikan panduan dan SKPMg2 sebagai
                                       alat pengurusan dalam semua aspek yang disusun.

                     SK Datuk Usman Awang sebuah sekolah yang sentiasa ke hadapan seiring kualiti merupakan fokus utama
              pentadbiran.  Amalan  kerja  yang  mementingkan  kualiti  adalah  budaya  kerja  semua  staff  di  sekolah  di  samping

              menyuburkan nilai murni ‘Membahagiakan, Saling Menghormati dan Disayangi’ merupakan nadi untuk mencapai hasrat

              murni sekolah.

                      Bagi tahun 2022, pentadbiran Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang berdasarkan Dasar Pendidikan
              Kebangsaan  dan  4  Tema  dalam  Melangkah  Ke  Hadapan  telah  merangka  8  bidang  keberhasilan  utama  sebagai

              kerangka kerja dengan berfokuskan SKPMg2 sebagai panduan pengurusan sekolah. Semua warga sekolah harus

              berusaha sedaya upaya untuk menterjemahkan apa yang telah dirancang supaya kerangka kerja ini dapat dihayati dan
              dilaksanakan bagi mencapai hala tuju yang telah dipersetujui bersama.

                       Besarlah  harapan  saya  agar  warga  SK  Datuk  Usman  Awang  bertekad  dan  berazam  untuk  menunaikan

              tanggungjawab dan amanah yang telah disusun di dalam pelan taktikal secara optimum untuk melaksanakan 8 bidang

              keberhasilan utama melalui pelan operasi yang bertujuan memberikan impak positif dalam menjelmakan Sekolah
              Berkualiti dan Kemenjadian Murid. Kemenjadian Holistik Pengurusan dan Kemenjadian Holistik Murid akan dijadikan

              sebagai indikator untuk melihat keberhasilan dan kemenjadian murid.

                      Akhir kata, marilah kita bersama memperkasa PPPM ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ) untuk

              menjadikan Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang sebagai Sekolah Berkualiti dan membentuk Kemenjadian

              Murid yang merangkumi semua  pengetahuan, kemahiran, norma nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
              membantu  perkembangan murid sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan

              mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kemampuan ini akan dibangunkan

              dengan  pengekalan  keteraturan  pengurusan  dan  ilmu  didik  yang  berkualitinya  dan  tinggi  nilainya  sejajar  dengan
              tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

              Sekian, terima kasih.

              Yang memegang amanah,



              (ZAMZURE BIN YUSUP)
              Guru Besar.                                   6

              SK Datuk Usman Awang.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11