Page 17 - Sejarah unit 4 tahun 6
P. 17
• Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor-
sektor tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor
pertama, sektor kedua dan sektor ketiga.
• Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan
KEGIATAN perlombongan adalah terletak dalam kategori sektor pertama kerana
ia melibatkan aktiviti ekonomi pada peringkat awal iaitu tidak atau
EKONOMI kurang melibatkan aktiviti pemprosesan.
• Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang
MASYARAKAT kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Ia lebih
bersifat pemprosesan. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam
MALAYSIA sektor ini ialah aktiviti pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.
• Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat dengan aktiviti
PADA MASA perkhidmatan, seperti pengangkutan, penyimpanan, perhubungan,
kuasa elektrik, gas dan air, perdagangan borong, runcit, hotel dan
INI restoran, kewangan, insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan,
perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
• Pada tahun 1970-an, sektor pertanian dan perlombongan menjadi
penyumbang utama eksport Malaysia, tetapi pada tahun 1990-an,
sektor perkilangan pula memberi sumbangan yang utama kepada
eksport Malaysia.

