Page 92 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 92

84       MAKLUMAT DADAH 2017


        ORANG KENA PENGAWASAN (OKP)

        Mana-mana individu yang telah diperintahkan oleh mahkamah atau secara sukarela
        menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan dan selepas tamat tempoh yang
        ditetapkan individu tersebut perlu menjalani pengawasan di AADK Daerah;

        a)  Akta Penagih Dadah (R&P) 1983
            Seksyen 6(1)(a)
            Seksyen 6(1)(b)

        b)  Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952
            Seksyen 38B
        Mana-mana individu yang telah diperintahkan oleh mahkamah atau secara sukarela
        menjalani pengawasan di AADK Daerah

        c)  Akta Penagih Dadah (R&P) 1983
            Seksyen 8(3)(a)
            Seksyen 8(3)(b)


        SYARAT-SYARAT PENGAWASAN
        ORANG KENA PENGAWASAN (OKP) AADK

        i.   Mestilah tinggal di dalam kawasan yang ditetapkan;
        ii.   Tidak boleh meninggalkan kawasan tempat tinggal tanpa kebenaran Ketua Pengarah;
        iii.  Melapor diri di Balai Polis yang ditetapkan;
        iv.  Tidak boleh mengambil, menggunakan atau memiliki apa-apa dadah berbahaya;
        v.   Hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa;
        vi.  Hendaklah menjalani apa-apa program pemulihan yang ditetapkan

        HUKUMAN JIKA GAGAL PATUHI MANA-MANA SYARAT
        a.   Seksyen 6(3) APD (R&P ) 1983 ialah - Penjara tidak melebihi 3 tahun dan rotan tidak
            melebihi 3 sebatan atau kedua-duanya;
        b.   Seksyen 8 APD (R&P) 1983 ialah - Penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak
            melebihi RM500 atau kedua-duanya.
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97