Page 12 - Peraturan Silat Seni
P. 12
Kriteria Penilaian Prestasi Rasmi –
Tunggal
1. Tunggal adalah persembahan artistik selama 3 minit yang dilakukan oleh
seorang atlet yang menggunakan gerakan Tunggal.
2. Tunggal mempamerkan mengikut pergerakan berurutan.
3. Tempoh toleransi sebanyak ± 10 saat dibenarkan bagi kategori Pra-Remaja dan
Pra-Junior, manakala ± 5 saat bagi kategori Junior dan Senior.
4. Sekiranya tempoh toleransi melampaui batas, penalti akan dikenakan
sewajarnya.
5. Jika atlet gagal meneruskan prestasinya kerana apa jua sebab, Ketua
Pertandingan akan mengisytiharkan beliau sebagai hilang kelayakan.
6. Penggunaan suara dibenarkan.
7. Peringkat pertandingan: Sistem Knockout

